Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TAKLIMAT AN INTRODUCTION TO THE BRUNEI COMPETITION ORDER 2015

JABATAN AUDIT, Sabtu, 4 Zulhijjah 1441 / 25 Julai 2020 – Seramai 41 orang pegawai Jabatan Audit dari divisyen I hingga III telah menghadiri Taklimat An Introduction To The Brunei Competition Order 2015 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Jabatan Audit.

Turut hadir semasa taklimat tersebut ialah Juruaudit Agung, Yang Mulia Haji Yusop bin Haji Mahmud. Manakala mewakili Suruhanjaya Persaingan ialah Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, Pengerusi Suruhanjaya Persaingan, dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Persaingan, Yang Mulia Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Setiausaha Tetap (Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, dan Yang Mulia Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohd Taib, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri.

Taklimat 1 2020.jpg

Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pegawai-pegawai Audit mengenai objektif Perintah Persaingan 2015 (The Brunei Competition Order 2015) yang bertujuan untuk mempromosi dan memelihara persaingan yang adil dan sihat bagi meningkatkan kecekapan pasaran (market efficiency) dan kesejahteraan pengguna di Negara Brunei Darussalam.

Semasa taklimat ini, Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam (CCBD) melalui Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna selaku Eksekutif Sekretariat kepada Suruhanjaya berkenaan menerangkan mengenai amalan utama anti-persaingan yang dilarang di bawah Perintah Persaingan, termasuk empat kesalahan serius di bawah larangan Perjanjian Anti-Persaingan, iaitu penetapan harga (price fixing), pembahagian pasaran (market sharing), pengawalan bekalan (supply limitation) dan tipuan bidaan (bid rigging).

Para peserta juga diterangkan mengenai larangan-larangan utama Perintah Persaingan, iaitu (i) Perjanjian Anti-Persaingan; (ii) Penyalahgunaan Kedudukan Dominan; dan (iii) Penggabungan Anti-Persaingan yang mana pembentangan semasa taklimat berkenaan turut menerangkan mengenai larangan Perjanjian Anti-Persaingan secara terperinci dengan memberi contoh beberapa kes persaingan serantau. Taklimat tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab.

Taklimat 2 2020.jpg

Attachments
Created at 10/6/2020 1:58 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 10/12/2020 10:06 AM by Ak Hj Mohammad Fadzli Bin Pg Hj Ahmad