JABATAN AUDIT, Sabtu, 17 Muharram 1442 / 5 September 2020 – Unit Perkembangan Tenaga Manusia dan Perhubungan Awam mengadakan sesi Forum bertajuk "Irregularities In Relation To Procurement Process" di Dewan Serbaguna Jabatan Audit yang mana ini merupakan forum yang pertama sekali diadakan oleh Jabatan Audit untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Audit.
Hadir di forum tersebut ialah Juruaudit Agung, Yang Mulia Haji Yusop bin Haji Mahmud dan Pegawai-Pegawai Kanan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Audit. Dalam forum tersebut, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Audit mengongsikan dapatan dan pengalaman masing-masing terhadap irregularities dalam proses perolehan yang antara lain menyentuh jenis-jenis risiko dan 'risk areas' dalam perolehan awam, kaedah pengesanan dan kelemahan/kesalahan dalam proses perolehan dan yang berkaitan. Forum ditutup dengan sesi soal jawab.


