Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
IDI-ASEANSAI JOINT WEBINAR ON STRENGTHENING SAI AUDITS OF SDGs IMPLEMENTATION

JABATAN AUDIT, Rabu, 21 Muharram 1442 / 9 September 2020 – Seramai 37 orang pegawai Jabatan Audit, termasuk Juruaudit Agung, Yang Mulia Haji Yusop bin Haji Mahmud dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Audit telah menghadiri webinar anjuran INTOSAI Development Initiative (IDI) dan ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) mengenai topik bagi Supreme Audit Institutions (SAI) mengukuhkan pengauditan Sustainable Development Goals (SDGs). Webinar melalui sidang video ini berlangsung di Dewan Serbaguna Jabatan Audit.

Webinar selama dua (2) jam ini juga turut dihadiri oleh sekurangnya 200 peserta dari sembilan (9) negara ahli ASEANSAI yang mana institusi-institusi audit negara yang menyertai webinar ini adalah dari SAI Brunei Darussalam (Jabatan Audit Brunei Darussalam), Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.                                                     

ASEANSAI WEBINAR 1 2020.jpg
Dalam sesi pembukaan webinar, SAI Malaysia, selaku Pengerusi ASEANSAI, dan Puan Archana Shirsat, Wakil Ketua Pengarah IDI, menekankan pentingnya webinar ini dalam meningkatkan kesedaran bagi pengauditan SDGs. Semasa perbincangan panel, wakil-wakil dari SAI Malaysia, SAI Indonesia, SAI Thailand dan SAI Myanmar telah menyampaikan pembentangan mengenai pengkembangan pengauditan SDGs di institusi-institusi audit masing-masing. Manakala IDI menekankan akan penggunaan IDI's SDGs Audit model (ISAM) bagi memperkuatkan pengauditan SAI terhadap pelaksanaan SDGs. Webinar tersebut berakhir dengan sesi soal jawab.

ASEANSAI WEBINAR 2 2020.jpg

 


Attachments
Created at 10/6/2020 2:04 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 10/12/2020 10:04 AM by Ak Hj Mohammad Fadzli Bin Pg Hj Ahmad